Seramai 95,955 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka yang berjumlah RM690 juta melalui skim Pengeluaran Kesihatan sejak 16 tahun lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, skim Pengeluaran Kesihatan bertujuan membantu pencarum KWSP menanggung kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal yang dihidapi pencarum dan keluarganya.
Beliau berkata, mulai 15 Jun lepas, KWSP memperluas senarai penyakit kritikal yang diluluskan bagi pengeluaran ini daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit, dan tiga penyakit untuk remaja bawah 16 tahun, sama seperti yang diamal syarikat insurans.
"Antara penyakit itu ialah kanser, penyakit hati kronik, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, asma dan leukemia,” katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon pada persidangan Dewan Negara di sini.
Awang Adek berkata skim yang diperkenalkan pada 1994 itu banyak meringankan beban kewangan pencarum untuk menanggung kos rawatan perubatan kritikal dan mempercepatkan rawatan yang diterima. — Bernama
RENUNGAN :
Dari artikel di atas jelas bahawa "Kos Rawatan / Perubatan" meningkat bagi setiap tahun. Seperti yang kita ketahui bahawa wang simpanan KWSP adalah untuk kegunaan ketika selepas persara kelak. Tetapi sekirannya ia digunakan pada masa sekarang, apakah yang tinggal pada masa akan datang. Sama-samalah kita renungkan.
Oleh itu marilah kita membuat persediaan yang lebih awal untuk menjamin masa depan kita serta keluarga tersayang. Di Etiqa Takaful, kami ada menyediakan pelan-pelan yang khas untuk anda.
No comments:
Post a Comment