Thursday, 25 August 2011

Pentingnya Memiliki "Medical Card" Pada Masakini

Pada masa kini “Kad Perubatan” atau “Medical Card” amat penting kepada kita semua. Penting untuk diri kita sendiri, isteri/suami tersayang dan juga anak-anak yang kita kasihi.
Setiap tahun kadar pesakit yang menghidapi salah satu 36 penyakit kritikal meningkat terutama penyakit kanser. Bagi negara kita seramai 26,000 hingga 30,000 persakit kanser yang dilaporkan setiap tahun. Dari angka tersebut 2,000 hingga 3,000 adalah kanak-kanak.
Untuk pengetahuan anda kos rawatan meningkat antara 15 hingga 25 peratus setiap tahun. Maklumat lanjut tentang kos rawatan, sila rujuk rajah di bawah;

Merujuk kepada rajah di atas cuba anda renung sejenak… Adakah wang simpanan anda mencukupi untuk menampung kos rawatan tersebut?
Jika anda ada simpanan yang mencukupi, kenapa harus anda menghabiskannya untuk tujuan rawatan sekiranya ada alternative lain yang membolehkan anda menanggung kos rawatan tanpa menghabiskan wang simpanan anda.
Cuba anda lihat petikan akbar di bawah, dimana seorang bayi memerlukan rawatan dalam masa 2 bulan untuk pembedahan penyakit jantungnya akan tetapi keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang bagi menampung kos rawatan tersebut.

Bagi pembedahan jantung seorang kanak-kanak memerlukan antara RM40,000 hingga RM50,000 (di IJN). Adakah semudah A,B and C untuk kita mendapatkan RM40,000 dalam masa kurang 2 bulan ? Pada yang majikannya membiayai kos rawatan, adakah jumlah yang dibiayai (limit tahuan setiap pekerja berserta keluarga) mencukupi?
Kita tidak boleh berserah kepada Allah semata-mata tanpa berusaha. Kerana Allah telah bagi kita akal, kudrat untuk kita berfikir dan berusaha.
Satu lagi petikan akbar untuk tatapan kita bersama, “2 tahun menanti bantuan sehingga nafas terakhir”. Bukan hendak menidakkan keperhatinan rakyat Malaysia tetapi seperti perpatah orang tua-tua, rakan ketawa memang ramai tapi rakan menangis!!!. KITA SENDIRI MAHU INGAT.

Bagi kaum hawa, cuba kita lihat petikan akbar di bawah, “Wanita perlu memiliki insuran untuk biayai kos rawatan”.
Seperti semua orang tahu musuh utama pada kaum hawa adalah kanser payudara. Terdapat juga kanser yang agak popular seperti kanser servik.

Merujuk pada artikel-artikel di atas, saya percaya anda telah banyak membaca artikel yang seumpamanya. Cuma atau kadang-kadang, kita cuma sekadar membaca dan melahirkan rasa simpati sahaja. Adakah anda pernah terfikir lebih dari itu? Sekarang cuba anda pandang disekeliling anda, isteri/suami serta anak-anak anda. Adakah anda telah bersedia untuk mereka? Kita bukan meminta atau mendoakan untuk ditimpa musibah tetapi ianya datang tanpa dirancang.
Semua pesakit sedia ada pun tidak pernah terfikir yang mereka adalah salah seorang dari kelompok yang menghidapi penyakit kritikal. Pada sesiapa yang mempunyai keturunan yang menghidapi salah satu penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, asma dan lain-lain, mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk memdapat penyakit yang sama (ada orang kata penyakit keturunan).
Jawapan atau penyelesaian pada persoalan di atas adalah “Kad Perubatan” atau “Medical Card” dimana dengan adanya “Kad perubatan atau Medical card” anda dapat menjimatkan 90% dari jumlah kos rawatan (maksimum RM3,000 setiap rawatan). Bagi pihak mengendali Takaful seperti Etiqa Takaful ada menyediakan pelan yang khas untuk anda. Di Etiqa Takaful, kami menyediakan pelan dimana disamping anda mendapat perlindungan berserta “Kad Perubatan” anda juga mendapat pulangan selepas polisi anda matang (simpanan hari tua).
Oleh itu janganlah anda menunggu lebih lama atau ertikata lain berlenggah-lenggah atau bertangguh-tangguh. Kerana musibah yang datang tidak memberi apa-apa isyarat. Apabila ia hadir maka pada masa itu anda sudah terlambat. Ketahuikah anda sekiranya anda telah menghidapi salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal, peluang anda untuk mendapatkan menyertai mana-mana polisi dari penyendali takaful di Malaysia adalah terlalu tipis. Kalau boleh pun anda perlu membayar dengan harga yang tinggi.
Cuba anda tanya kepada diri anda …
Adakah anda akan menangis jikalau tidak dapat membeli rumah yang besar?
Adakah anda akan menitis air mata apabila tidak menukar kereta baru?
Adakah anda tak lalu makan (takde selera) kalau tidak menukar handphone baru?
Manakala adakah anda mampu tersenyum atau tertawa apabila musibah menimpa salah seorang keluarga anda terutama isteri/suami atau anak-anak tersayang sedang anak tidak mampu untuk membantu.

Dikala kesihatan anda yang baik maka ambillah peluang untuk membuat persediaan yang lebih awal. Biarlah kita susah-susah dahulu tapi kita senang kemudian. Tidak perlu untuk meminta-minta atau menunggu bantuan atau ehsan orang lain.
“Wang anda maka andalah yang menentukannya, tepuk dada tanya selera”
Peringatan bagi perokok, anda telah perisiko yang tinggi kerana andalah yang menjemput/mengundang penyakit datang kepada anda. Penyakit boleh datang pada bila-bila masa (tidak perlu menunggu isyarat), ia bukannya keturunan akan tetapi ia kehenak anda sendiri, anda yang memilihnya tanpa paksaan dari orang lain.
Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya tulisan saya di atas  menyinggung hati/perasaan anda semua. Tiada tujuan untuk menyinggung atau menyakiti hanya untuk saling meningati sesama insan kerana itu sahaja yang mampu saya berikan dari wang ringgit. Kita sama sahaja. Yang baik itu datangnya dari allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau SMS no yang tertera di bawah. Penerangan serta Illustrasi/Quotation akan diberi secara percuma.

Tiada paksaan di dalam Takaful.

Wang anda adalah hak anda untuk menentukannya. Kami hanya pemegang amanah yang menyampaikan apa yang sepatutnya.

SUHAIMI (010-6330346/ 010-6330347)

No comments:

Post a Comment