Monday, 19 September 2011

EtiQa Takaful Melancarkan Produk Baru Yang Lebih Fleksibel.

“BERITA TERGEMPAR”, EtiQa Takaful (No 1 Malaysia) baru sahaja memperkenalkan dua (2) produk baru. Iaitu;

1.       HARMONI – bagi menggantikan Produk MESRA
2.       INTELEK – bagi menggantikan  Produk SARJANA
Produk HARMONI
Produk HARMONI ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa hadapan anda. Ia merupakan pelan fleksibel yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. Produk ini juga direka khas untuk peserta memilih samaada ingin mempunyai  “Simpanan yang lebih” apabila polisi matang atau “Perlindungan yang lebih” apabila di timpa musibah . Tempoh matang bagi Produk Harmoni adalah ketika peserta berumur 88 tahun.

Produk ini didatang dengan rider atau manfaat seperti;

“Rider Hormoni (ASAS)” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan memdapat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal (hilang-upaya kekal).

“Rider TOP-UP” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan yang dibayar akan disalurkan 100% ke dalam tabung pelaburan. Oleh itu  peserta akan mendapat simpanan yang lebih tinggi apabila polisi matang.

“Rider Kemalangan” dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat perlindungan Kematian Kemalangan/TPD/PPD, perlindugan Mingguan Hospital, perlindungan Pembedahan (kecil),  perlindungan Mingguan Hilang Upaya Separa dan perlindungan  Berganda.

“Rider Tunai Hospital” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat tunai harian setelah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh factor Semulajadi atau Kemalangan.

“Rider Bertempoh” – dengan rider/manafaat ini, sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus (maksimum RM 1 juta)

“Rider Penyakit Kritikal” – dengan rider /manfaat ini, apabila peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus. 

“Rider Medic Save” (medical card) – dengan rider/manfaat ini, peserta di beri manfaat perubatan setelah dimasukkan ke hospital dan manfaat pesakit luar yang secara langsung berkaitan dengan kemasukan (pra- dan selepas dimasukkan ke hospital).

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit kritikal” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta disahkan mengalami salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar sumbangan sehingga polisi matang walaupun penyakit yang dihidapi telah sembuh.

Contoh Illustrasi Produk Harmoni.
Bagi peserta lelaki yang berumur 25 tahun dan polisi matang pada umur 65 tahun .

i.                    Pilihan Utk lebih perlindungan:

Dengan hanya membayar sumbangan RM 5 sehari , peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian  – RM 68,000.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh) – RM 68,000.00
c.       Manfaat Kemalangan – RM 15,000.00
d.      Manfaat Penyakit Kritikal – RM10,000.00
e.      Manfaat Pengeculian Sumbangan penyakit Kritikal – ‘SUMBANGAN LUNAS’
f.        Manfaat Tunai Hospital – RM 60 sehari (sehingga 365 hari)
g.       Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 108,000.00
h.      Khariat kematian – RM 1000.00

ii.                  Pilihan Utk Lebih Simpanan

Dengan hanya membayar sumbangan RM 5 sehari, peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian  – RM 46,500.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh) – RM 46,500.00
c.       Manfaat Kemalangan – RM 10,000.00
d.      Manfaat Penyakit Kritikal – RM10,000.00
e.      Manfaat Pengeculian Sumbangan penyakit Kritikal – ‘SUMBANGAN LUNAS’
f.        Manfaat Tunai Hospital – RM 60 sehari (sehingga 365 hari)
g.       Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 124,800.00
h.      Khariat kematian – RM 1000.00

Bukan Itu saja, Peserta juga boleh :

·         Mengeluarkan simpanan di dalam “Dana Pelaburan Peserta (DPP)” selepas 1 tahun bagi tujuan kecemasan dll.
·         Sekiranya peserta tidak dapat membayar sumbangan bulanan dan DPP menpunyai dana yang mencukupi, pihak EtiQa secara Sendiri (automatic) akan menggunakan dana di dalam DPP untuk membayar sumbangan yang tertunggak. Ini bagi memastikan peserta sentiasa dilindungi.
·         Dan juga peserta dapat membantu sesama peserta melalui Tabung Takaful.
Produk INTELEK

Produk INTELEK ialah pelan pendidikan yang menggabungkan elemen perlindungan dan simpanan. Ia adalah pelan fleksibel yang membolehkan anda mengumpulkan simpanan untuk membayar pendidikan anak-anak anda di samping menjamin masa depan mereka dengan menawarkan perlindungan Takaful yang komprehensif. Produk ini direka khas untuk peserta (kanak-kanak seawal usia 14hari) memilih samaada ingin mempunyai “Simpanan untuk pendidikan sahaja” atau “Simpanan beserta Perlindungan” . Tempoh matang bagi Produk Intelek adalah ketika peserta berumur 25 tahun.

Intelek didatangkan dengan rider atau manfaat seperti:-

“Rider Intelek (ASAS)” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan memdapat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal (hilang-upaya kekal).

“Rider TOP-UP” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan yang dibayar akan disalurkan 100% ke dalam tabung pelaburan. Oleh itu peserta akan mendapat simpanan yang lebih tinggi apabila polisi matang.

“Rider Tunai Hospital” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat tunai harian setelah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh factor Semulajadi atau Kemalangan.

“Rider Bertempoh” – dengan rider/manafaat ini, sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus (maksimum RM 1 juta)

“Rider Penyakit Kritikal” – dengan rider /manfaat ini, apabila peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus. 

“Rider Medic Save” (medical card) – dengan rider/manfaat ini, peserta di beri manfaat perubatan setelah dimasukkan ke hospital dan manfaat pesakit luar yang secara langsung berkaitan dengan kemasukan (pra- dan selepas dimasukkan ke hospital). Ini membolehkan peserta seumur kurang satu tahun memiliki kad perubatan (medical card).

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit kritikal” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta atau pembayar disahkan mengalami salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar sumbangan sehingga polisi matang walaupun penyakit yang dihidapi telah sembuh.

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal” – dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta atau pembayar meninggal dunia atau mengalami HUMK disebabkan oleh faktor Semulajadi atau  Kemalangan. Kedua-dua asas dan rider kekal berkuat kuasa sehingga masing-masing mencapai tarikh matang.


Contoh Produk Intelek.
Bagi peserta kanak-kanak lelaki yang berumur 1 tahun pada harijadi akan datang (next birthday) dan polisi matang pada umur 25 tahun .

i.                    Pilihan Utk Simpanan Pendidikan Sahaja:

Dengan hanya membayar sumbangan RM 4 sehari, peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian (asas) – RM 78,000.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh)(asas) – RM 78,000.00
c.       Manfaat Tunai Hospital – RM 50 sehari (sehingga 365 hari)
d.      Manfaat Pengecualian Sumbangan Kematian/Hilang upaya kekal (Pembayar) – ‘SUMBANGAN LUNAS’
e.      Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 43,000.00
f.        Khariat kematian – RM 1000.00

ii.                  Pilihan Utk Simpanan & Perlindungan

Dengan hanya membayar sumbangan RM 4 sehari, peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian (asas) – RM 89,200.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh)(asas) – RM 89,200.00
c.       Manfaat Tunai Hospital – RM 50 sehari (sehingga 365 hari)
d.      Manfaat Penyakit Kritikal – RM 10,000.00
e.      Manfaat Pampasan Keluarga – RM 10,000.00
f.        Manfaat Pengecualian Sumbangan Kematian/Hilang upaya kekal (Pembayar) – ‘SUMBANGAN LUNAS’
g.       Manfaat Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal – ‘SUMBANGAN LUNAS’
h.      Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 30,000.00
i.         Khariat kematian – RM 1000.00

Note : Produk INTELEK juga membolehkan peserta :

a.       Mengeluarkan simpanan di dalam “Dana Pelaburan Peserta (DPP)” selepas 1 tahun bagi tujuan kecemasan dll.
b.      Sekiranya pembayar tidak dapat membayar sumbangan bulanan dan DPP menpunyai dana yang mencukupi, pihak EtiQa secara automatic akan menggunakan dana di dalam DPP untuk membayar sumbangan yang tertunggak. Ini bagi memestikan peserta sentiasa dilindungi.
c.       Anugerah Intelek UPSR (5A) – RM500, PMR (8A) – RM750, SPM (8A) – RM1000, STPM (5A) – RM1500.




Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau SMS no yang tertera di bawah. Penerangan serta Illustrasi/Quotation akan diberi secara percuma.


Tiada paksaan di dalam Takaful.

Wang anda adalah hak anda untuk menentukannya. Kami hanya pemegang amanah yang menyampaikan apa yang sepatutnya.

SUHAIMI (010-6330346/ 010-6330347)

Thursday, 25 August 2011

Pentingnya Memiliki "Medical Card" Pada Masakini

Pada masa kini “Kad Perubatan” atau “Medical Card” amat penting kepada kita semua. Penting untuk diri kita sendiri, isteri/suami tersayang dan juga anak-anak yang kita kasihi.
Setiap tahun kadar pesakit yang menghidapi salah satu 36 penyakit kritikal meningkat terutama penyakit kanser. Bagi negara kita seramai 26,000 hingga 30,000 persakit kanser yang dilaporkan setiap tahun. Dari angka tersebut 2,000 hingga 3,000 adalah kanak-kanak.
Untuk pengetahuan anda kos rawatan meningkat antara 15 hingga 25 peratus setiap tahun. Maklumat lanjut tentang kos rawatan, sila rujuk rajah di bawah;

Merujuk kepada rajah di atas cuba anda renung sejenak… Adakah wang simpanan anda mencukupi untuk menampung kos rawatan tersebut?
Jika anda ada simpanan yang mencukupi, kenapa harus anda menghabiskannya untuk tujuan rawatan sekiranya ada alternative lain yang membolehkan anda menanggung kos rawatan tanpa menghabiskan wang simpanan anda.
Cuba anda lihat petikan akbar di bawah, dimana seorang bayi memerlukan rawatan dalam masa 2 bulan untuk pembedahan penyakit jantungnya akan tetapi keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang bagi menampung kos rawatan tersebut.

Bagi pembedahan jantung seorang kanak-kanak memerlukan antara RM40,000 hingga RM50,000 (di IJN). Adakah semudah A,B and C untuk kita mendapatkan RM40,000 dalam masa kurang 2 bulan ? Pada yang majikannya membiayai kos rawatan, adakah jumlah yang dibiayai (limit tahuan setiap pekerja berserta keluarga) mencukupi?
Kita tidak boleh berserah kepada Allah semata-mata tanpa berusaha. Kerana Allah telah bagi kita akal, kudrat untuk kita berfikir dan berusaha.
Satu lagi petikan akbar untuk tatapan kita bersama, “2 tahun menanti bantuan sehingga nafas terakhir”. Bukan hendak menidakkan keperhatinan rakyat Malaysia tetapi seperti perpatah orang tua-tua, rakan ketawa memang ramai tapi rakan menangis!!!. KITA SENDIRI MAHU INGAT.

Bagi kaum hawa, cuba kita lihat petikan akbar di bawah, “Wanita perlu memiliki insuran untuk biayai kos rawatan”.
Seperti semua orang tahu musuh utama pada kaum hawa adalah kanser payudara. Terdapat juga kanser yang agak popular seperti kanser servik.

Merujuk pada artikel-artikel di atas, saya percaya anda telah banyak membaca artikel yang seumpamanya. Cuma atau kadang-kadang, kita cuma sekadar membaca dan melahirkan rasa simpati sahaja. Adakah anda pernah terfikir lebih dari itu? Sekarang cuba anda pandang disekeliling anda, isteri/suami serta anak-anak anda. Adakah anda telah bersedia untuk mereka? Kita bukan meminta atau mendoakan untuk ditimpa musibah tetapi ianya datang tanpa dirancang.
Semua pesakit sedia ada pun tidak pernah terfikir yang mereka adalah salah seorang dari kelompok yang menghidapi penyakit kritikal. Pada sesiapa yang mempunyai keturunan yang menghidapi salah satu penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, asma dan lain-lain, mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk memdapat penyakit yang sama (ada orang kata penyakit keturunan).
Jawapan atau penyelesaian pada persoalan di atas adalah “Kad Perubatan” atau “Medical Card” dimana dengan adanya “Kad perubatan atau Medical card” anda dapat menjimatkan 90% dari jumlah kos rawatan (maksimum RM3,000 setiap rawatan). Bagi pihak mengendali Takaful seperti Etiqa Takaful ada menyediakan pelan yang khas untuk anda. Di Etiqa Takaful, kami menyediakan pelan dimana disamping anda mendapat perlindungan berserta “Kad Perubatan” anda juga mendapat pulangan selepas polisi anda matang (simpanan hari tua).
Oleh itu janganlah anda menunggu lebih lama atau ertikata lain berlenggah-lenggah atau bertangguh-tangguh. Kerana musibah yang datang tidak memberi apa-apa isyarat. Apabila ia hadir maka pada masa itu anda sudah terlambat. Ketahuikah anda sekiranya anda telah menghidapi salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal, peluang anda untuk mendapatkan menyertai mana-mana polisi dari penyendali takaful di Malaysia adalah terlalu tipis. Kalau boleh pun anda perlu membayar dengan harga yang tinggi.
Cuba anda tanya kepada diri anda …
Adakah anda akan menangis jikalau tidak dapat membeli rumah yang besar?
Adakah anda akan menitis air mata apabila tidak menukar kereta baru?
Adakah anda tak lalu makan (takde selera) kalau tidak menukar handphone baru?
Manakala adakah anda mampu tersenyum atau tertawa apabila musibah menimpa salah seorang keluarga anda terutama isteri/suami atau anak-anak tersayang sedang anak tidak mampu untuk membantu.

Dikala kesihatan anda yang baik maka ambillah peluang untuk membuat persediaan yang lebih awal. Biarlah kita susah-susah dahulu tapi kita senang kemudian. Tidak perlu untuk meminta-minta atau menunggu bantuan atau ehsan orang lain.
“Wang anda maka andalah yang menentukannya, tepuk dada tanya selera”
Peringatan bagi perokok, anda telah perisiko yang tinggi kerana andalah yang menjemput/mengundang penyakit datang kepada anda. Penyakit boleh datang pada bila-bila masa (tidak perlu menunggu isyarat), ia bukannya keturunan akan tetapi ia kehenak anda sendiri, anda yang memilihnya tanpa paksaan dari orang lain.
Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya tulisan saya di atas  menyinggung hati/perasaan anda semua. Tiada tujuan untuk menyinggung atau menyakiti hanya untuk saling meningati sesama insan kerana itu sahaja yang mampu saya berikan dari wang ringgit. Kita sama sahaja. Yang baik itu datangnya dari allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

 Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau SMS no yang tertera di bawah. Penerangan serta Illustrasi/Quotation akan diberi secara percuma.

Tiada paksaan di dalam Takaful.

Wang anda adalah hak anda untuk menentukannya. Kami hanya pemegang amanah yang menyampaikan apa yang sepatutnya.

SUHAIMI (010-6330346/ 010-6330347)

Saturday, 20 August 2011

RM650 juta Caruman KWSP Dikeluarkan Untuk Biayai Kos Rawatan

Dari Berita Harian (27/04/2011)

        Seramai 95,955 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka yang berjumlah RM690 juta melalui skim Pengeluaran Kesihatan sejak 16 tahun lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, skim Pengeluaran Kesihatan bertujuan membantu pencarum KWSP menanggung kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal yang dihidapi pencarum dan keluarganya.
Beliau berkata, mulai 15 Jun lepas, KWSP memperluas senarai penyakit kritikal yang diluluskan bagi pengeluaran ini daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit, dan tiga penyakit untuk remaja bawah 16 tahun, sama seperti yang diamal syarikat insurans.
"Antara penyakit itu ialah kanser, penyakit hati kronik, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, asma dan leukemia,” katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon pada persidangan Dewan Negara di sini.
Awang Adek berkata skim yang diperkenalkan pada 1994 itu banyak meringankan beban kewangan pencarum untuk menanggung kos rawatan perubatan kritikal dan mempercepatkan rawatan yang diterima. — Bernama


RENUNGAN :

Dari artikel di atas jelas bahawa "Kos Rawatan / Perubatan" meningkat bagi setiap tahun. Seperti yang kita ketahui bahawa wang simpanan KWSP adalah untuk kegunaan ketika selepas persara kelak. Tetapi sekirannya ia digunakan pada masa sekarang, apakah yang tinggal pada masa akan datang. Sama-samalah kita renungkan.

Oleh itu marilah kita membuat persediaan yang lebih awal untuk menjamin masa depan kita serta keluarga tersayang. Di Etiqa Takaful, kami ada menyediakan pelan-pelan yang khas untuk anda.

Friday, 19 August 2011

Etiqa Takauf No. 1 Di Malaysia Dengan 45% "Market Share" Pada Tahun 2010

Merujuk Kepada "Business Times" (di terbit pada 23/06/2011)


Etiqa Takaful Berhad memsasarkan 10 peratus peningkatan di dalam Pelaburan Insuran Islam (Takaful) pada tahun hadapan, kata CEO Shahril Azuar Jimin.

Beliau berkata Etiqa Takaful menyumbang 45 peratus "market share" dari sembilan (9) pengendali takaful di Malaysia pada tahun lepas (2010).

Pada masa sekarang, pelaburan Takaful di Malaysia merupakan yang kedua terbesar di dunia, dimana anggaran 26 peratus pelaburan takaful dunia.

Bahagian Takaful Keluarga ada penyumbang utama di dalam perniagaan takaful di Malaysia di mana ia mencatatkan 68 hingga 70 peratus perningkatan manakala yang selebihnya untuk Takaful Am. Beliau memberitahu BERNAMA pada "Second Annual World Takaful Conference".

Shahril berkata Etiqa Takaful bukan sahaja menerajui syarikat insuran di Malaysia tetapi juga di dunia.

"Kita ada penerajui perniagaan kerana kita adalah anak syarikat di dalam Maybank Berhad, kita ada rangkaian pengagihan and kekuatan jenama Takaful itu sendiri yang membawa Etiqa Takaful berkembang di negara ini," kata beliau.


Shahril berkata Etiqa Takaful ,merancang untuk mengembangkan sumbangan dengan menambahbaikkan rangkaian pergagihan.

Sebagai tambahan, terdapat perancangan untuk menawarkan produk baru yang berinovatif.



Beliau berkata sumbangan kasar takaful dunia mencecah US$7 billion pada 2009 dan pada masa kini peningkatan yang kuat di anggar 31 peratus, beliau menjangkakan sumbangan kasar dunia akan mencecah  US$12 billion bagi penghujung tahun 2011. -- Bernama
 (Atikel di atas telah di terjemahkan, artikel asal sila rujuk kepada http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20110623201814/Article/index_html )

Friday, 29 July 2011

Ketahuilah Bahawa Insuran/Takaful Terbukti Penting Dan Terjamin Untuk Anda Sekeluarga

Setelah berkecimpung di dalam dunia 'Insuran/Takaful' sebagai Advisor Takaful, saya telah membuat beberapa kaji selidik mengenai kepentingan Insuran/Takaful dikalangan masyarakat masa kini.



Pada masa kini, Insuran/Takaful bukan sahaja untuk perlindungan semata-mata seperti yang ditafsirkan bagi sebilangan besar masyarakat masa kini. Sehingga ada yang lebih mementingkan/mengutamakan kehendak nafsu atau lebih tepat lagi sanggup menghabiskan wang ringgit hanya kerana hobi seperti telefon bimbit, sistem teater rumah (home-teater), ubahsuai kereta atau rumah dan sebagainya. Ini berlaku kerana pengetahuan masyarakat yang sedikit (cetek) mengenai peranan dan fungsi Insuran/Takaful disamping penerangan yang kurang jelas dari Advisor atau Agent.



Insuran/Takaful masa kini merangkumi Perlindungan, Simpanan (hari tua atau untuk pendidikan anak-anak), Perubatan (medical) dan yang terbaharu ia juga boleh mengantikan MRTA bagi insuran rumah anda.



Di sini  ingin saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai Insuran/Takaful dari segi definasi, perbezaan, keperluaan dan lain-lain untuk rujukan serta sedikit ilmu untuk tatapan anda.



Perbezaan Antara Insuran Dan Takaful



Insuran



Dari sudut definasi;



Insuran - ia merupakan satu institusi ekonomik yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak didugakan, yang kebarangkalian berlakunya boleh dianggarkan dengan munasabah.



Dari sudut syarak;



Insuran jelas tidak mematuhi hukum syarak kerana Insuran terdapat unsur-unsur yang dilarang seperti berikut :



1.  Gharar - merupakan satu yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti seperti contoh Gharar fahsiy - menginsuran bayi yang di dalam kandungan, Gharar yasir - menjual rumah beserta perabot tetapi tidak diperincikan perabotnya.



2.  Maisir - mendapat sesuatu dengan cara yang mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakan seperti contoh peserta membayar premium yang rendah/kecil tetapi mengharapkan wang atau pulangan yang lebih besar, peserta (insuran hayat) akan hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi tidak berlaku (tuntutan hanya boleh dilakukan bagi kematian akibat kemalangan dan bukannya kematian mengejut akibat sakit tua atau seumpamanya).



3. Riba - penambahan atau menambahkan, dalam ertikata lain faedah (interest) seperti contoh sesetengah produk insuran hayat, pengendali insuran mengenakan bayaran faedah dengan kadar yang ditetapkan kepada pemegang polisi.



Untuk Pengetahuan Anda : 



1.  "Persidangan Jawatankuasa Fatwa" kali ke-16 pada 15 - 16 Feb 1979 ada menetapkan bahawa Insuran adalah HARAM dari segi Syarak. Lanjut sila lihat di bawah ;







2.  ANDA tidak layak untuk membuat tuntutan jika berlaku kematian terhadap pemegang polisi kerana Insuran Conventional MEWAJIBKAN post mortem ke atas si mati. Tuntutan TIDAK boleh dibuat sekiranya tiada post mortem. Ini tidak berlaku di dalam Takaful kerana post mortem adalah menyeksa mayat dan ia bertentangan dengan hukum syarak.









Takaful



Dari sudut definasi;



Takaful - ia sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.



Dari sudut syarak;
Takaful merupakan pelan perlindungan yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Ia mempunyai perbagai jenis kontrak seperti berikut;



1.  Tabarru' - menderma atau memberi hak milik secara percuma. Seperti di dalam Takaful, peserta mestilah berniat dengan ikhlas menyumbangkan sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah.
2.  Mudharabah - membawa maksud perkongsian dua pihak yang mana ia melibatkan pihak pencarum dan pihak pengendali takaful. Disini sebahagian modal yang diperolehi daripada  pihak pencarum kemudian akan dilaburkan untuk aktiviti-aktiviti pelaburan dalam institusi-institusi  yang diiktiraf syariah.
3.  Wakalah - penyerahan tanggungjawab yang ada pada seseorang kepada seseorang yang lain dengan lafaz tertentu agar wakilnya itu menguruskan segala tanggungjawab yang diwakilkan. Dalam takaful, Pengendali Takaful merupakan wakil yang dilantik oleh peserta dan Pengendali Takaful akan menjalankan tanggungjawab dengan menyumbangkan segala kepakaran untuk memastikan segala yang dilaksanakan adalah sempurna.



Untuk pengetahuan anda : Beberapa Dalil yang digunakan sebagai Asas Falsafah yang dijadikan panduan kepada Takaful.



1.  Dalil Kerjasama :
   
     "Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain".



     Di riwayatkan oleh : Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.



2.  Dalil Tanggungjawab :



     "Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya di timpa kesusahan maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya".



    Di riwayatkan oleh : Imam al Bukhari dan Imam Muslim



3.  Dalil Saling Melindungi :



     "Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan".



     Di riwayatkan oleh : Imam al Bukhari dan Imam Muslim



KEPENTINGAN TAKAFUL MASA KINI.



1.  Pernahkan ANDA membaca/mendengar tentang "Piramid Asas Kehidupan"? 



Piramid ini jelas menunjukkan bahawa PERLINDUNGAN (Insuran/takaful) merupakan item  ke-2 penting selepas ASAS ( makanan, pakaian, rumah serta kereta) dalam kehidupan seharian kita.





2.   Cuba ANDA renung seketika, sekirannya berlaku musibah/kemalangan yang menyebabkan kematian/kecatatan kekal terutama kepada ketua keluarga (suami) yang merupakan orang yang menyediakan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk untuk pendidikan anak-anak. Apa akan terjadi kepada keluarga yang ditinggalkan seperti isteri dan anak-anak tersayang, di mana si isteri ingin mendapatkan sumber kewangan untuk meneruskan/menampung kehidupan sehari-hari termasuk pendidikan anak-anak.

      Saya pasti ANDA semua sedia maklum akan perkara ini, cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. Jadi di sini ingin mengingatkan diri saya sendiri dan ANDA sekelian.....

3.   Kemudahan Perubatan !!!!! ANDA pernah terfikir bahawa syarikat/majikan hanya menyediakan Kemudahan Perubatan sepanjang anda berkhidmat (selagi ANDA masih bekerja). Apa akan berlaku selepas pencen/tamat perkhidmatan (lepas 55 tahun) atau diberhentikan (VSS). Dengan keadaan masa kini yang pelbagai jenis penyakit timbul dan kemudahan di hospital kerajaan yang agak terhad, jadi bagaimana ANDA untuk mengatasi Kos Perubatan untuk keluarga ANDA. Adakah simpanan ANDA mencukupi untuk tujuan ini??? atau ANDA mengharapkan KWSP semata-mata???

     Mengharapkan wang KWSP memang tidak mencukupi. Dari kajian BNM, kebanyakkan wang KWSP habis digunakan dalam masa 3 hingga 5 tahun. Fikir-fikirkan....

4.   Bagi golongan HAWA (perempuan), ketahuikah ANDA bahawa kaum HAWA merupakan golongan yang tinggi terdedah kepada penyakit kritikal seperti kanser payudara, pangkal rahim dan sebagainya, dan peratusnya meningkat setiap tahun.

      Di sini saya bukan untuk menakut-nakutkan.... tetapi sekadar mengingat.

5.   Anak-anak kita semuanya semakin bijak tetapi adakah ANDA terfikir bahawa tempat ke institusi pengajian awan adalah amat terhad pada masa kini dan masa-masa mendatang manakala kos pendidikan di institusi pengajian awam dan swasta adalah tinggi. Malah peluang untuk mendapatkan biasiswa pun agak terhad.

      Jadi apakah persedian ANDA untuk anak-anak yang tersayang? Sedia maklum bahawa pada kini dan masa akan datang mempunyai 'Ijazah' adalah satu keperluan. Sebagai IBU dan BAPA hanya pelajaranlah harta yang paling murah untuk kita sediakan untuk masa depan anak-anak kita. Berapa ramai dikalangan kita yang punya tanah berekar-ekar... atau rumah berbuah-buah... atau syarikat yang hendak kita warisan kepada mereka????? Kerana hampir 90% dari kalang kita hanyalah sekadar makan gaji.



KOS PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA**



Program Pengajian
Inst.Pengajian Tinggi Tempatan
Inst.Pengajian Tinggi Swasta
Program Berkembar
Undang-Undang
25,000-35,000
35,000-45,000
80,000-120,000
Kejuruteraan
45,000-60,000
50,000-70,000
100,000-150,000
Sastera/Ekonomi
35,000-45,000
45,000-60,00
80,000-120,000
Perubatan
100,000-150,000
270,000-390,000
350,000-450,000





6.  Tahukah ANDA apabila berlaku kematian, pihak bank akan membekukan segala duit untuk diserahkan kepada Amanah raya bagi tujuan penagihan kepada pewaris dan proses ini mengambil masa 6 ke 24 bulan.



7.  Rakyat Malaysia adalah seorang yang pemurah? Pernahkan ANDA terfikir jika kelak ditimpa musibah ,anda hanya mengharapkan ehsan daripada warga Malaysia yang prihatin.Bernilaikah nyawa anda dimata mereka. Contoh yang amat jelas seperti keratan akhbar di bawah dimana Cik Ras Adiba (selebriti) memerlukan RM300,000 menerima RM392,000, En Norhaidan memerlukan RM30,000 beliau menerima hanya RM300, Adik Muhammad Izhar memerlukan RM25,000 tetapi mendapat RM2,000 dan Adik Razik Haiman memerlukan RM100,000 tetapi setakat menerima RM11,000. Bukan untuk menidakkan keperihatinan masyarakat ataupun qada dan qadar tuhan tapi itulah hakikatnya.

   Rakan ketawa memang ramai tetapi rakan menangis???? Kita sendiri pada masa itu, adik beradik sanak saudara pun mungkin tidak mampu untuk membantu. Tidak untuk menyalahkan mereka jauh sekali untuk menidakkan keperhatinan mereka tetapi mereka sama seperti kebanyakkan kita bagaimana untuk mereka menghulurkan bantuan dalam masa yang sama mereka juga perlukan bantuan.

                        
APA YANG ETIQA TAKAFUL BOLEH MEMBANTU ANDA.



Pengenalan ETIQA Takaful



        Etiqa adalah rangkaian Insurans dan Takaful untuk kumpulan Maybank Berhd. Polisi-polisi Etiqa yang kemprehensif dan telus  tanpa perkataan-perkatan atau klausa-klausa yang tersembunyi atau mengelirukan. Di Etiqa. kemudahan insan, asas urusan kami.



Kini, anda telah mengambil langkah pertama untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya dan Etiqa pula bersedia untuk membantu anda mendapatkan perlindungan ynag bersesuain. Ketahui dan fahami pelan-pelan Takaful kami yang direka khas untuk anda.



Jawatankuasa Syariah


   

Apa Yang ETIQA Takaful Sediakan Untuk ANDA 

1.   Polisi-polisi Etiqa Takaful yang kemprehensif dan telus  tanpa perkataan-perkatan atau klausa-klausa yang tersembunyi atau mengelirukan. Di Etiqa Takaful, kemudahan insan, asas urusan kami.

2.   Etiqa Takaful bersedia untuk membantu anda mendapatkan perlindungan yang bersesuaian dengan pelan-pelan Takaful yang direka khas untuk anda.

3.   Pelan-pelan Etiqa Takaful, boleh dijadikan KWSP ke-2 malah boleh juga di jadikan Tabung Haji ke-2. Dimana anda boleh menyimpan sama sepeti di KWSP dan Tabung Haji tetapi kelebihan di Etiqa Takaful anda mendapat perlindungan di samping wang dari keuntungan akan dizakatkan. Bukan itu sahaja, dengan menyumbang di dalam Etiqa Takaful anda dapat membantu peserta-peserta Etiqa Takaful yang lain (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing).

4.   Etiqa Takaful juga ada menyediakan 'Kad Perubatan' (Medical Card) yang membolehkan anda jimat 90% kos rawatan dan setiap kali anda memasuki hospital (wad) anda tidak perlu membayar deposit. Maklumat lanjut tentang Medical Card boleh rujuk di bawah.

5.   Dengan menyertai pelan-pelan Etiqa Takaful, anda layak untuk mendapat perkecualian cukai sehingga RM3,000.

6.   Bersama-sama pelan-pelan asas Etiqa Takaful, terdapat banyak lagi kemudahan yang bakal anda nikmati seperti elaun hospital (dari serendah RM 50 hingga RM 400 sehari), tabung-tabung seperti tabung kemalangan dan tabung penyakit kritikal.


PRODUK-PRODUK ETIQA TAKAFUL


PELAN SARJANA


Pengenalan


Merupakan Pelan Takaful Keluarga yang menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak beserta perlindungan yang komprehensif untuk janka masa pertengahan dan panjang. Pelan ini ditawarkan kepana kanak-kanak yang berumur 14 hari hingga 17 tahun. (digalakkan untuk kanak-kanak berumur bawah 7 tahun)


Peserta yang menyertai pelan ini akan memdapat manfaat apabila peserta berumur 13 tahun hingga 25 tahun mengikut tempoh kontrak yang dipilih. Pelan ini juga menawarkan pelbagai manfaat yang menarik untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.


Manfaat Khas
  • Manfaat matang (Pulangan Akuan peserta bersama mudharabah)
  • Manfaat kecatatan kekal dan menyeluruh
  • Manfaat kematian
  • Anugerah intelek
 Anugerah Intelek



Jika anak-anak anda memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan berikut, Etiqa takaful akan menghadiahkan :
  
Peringkat
Kelulusan
Anugerah
UPSR
5A
RM500
PMR
8A
RM750
SPM
8A
RM1000
STPM
5A
RM1000

Manfaat Pembayar



Sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami kecatatan kekal dan meyeluruh, sumbangan bulanan akan dilunaskan sehingga sijil matang atau sehingga umur kanak-kanak tersebut berumur 21 tahun (mana yg terdahulu)



Manfaat Keluarga



Membayar pendapatan tahunan untuk kelurga sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami kecatatan kekal dan menyeluruh.



Jumlah perlindungan akan dibayar secara setara bagi baki tempoh kontrak tersebut.

Apa yang anak-anak dapat bila menyertai Pelan Sarjana.

Contoh bagi kanak-kanak berumur 1 tahun (Harijadi akan datang) dan sumbangan bulanan RM100.
  1. Simpanan anak anda apabila matang berjumlah RM28,000
  2. Jika masuk hospital, Etiqa Takaful akan membayar RM50 sehari, Jika sepuluh hari julah keseluruhan adalah RM500.
  3. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada pembayar, maka Etiqa Takaful akan MELUNASKAN sumbangan bulanan sehingga matang.
  4. Etiqa Takaful juga akan membayar pampasan sebanyak  RM10,000 kepada pewaris atau anak.
  5. Manakala jika berlaku kematian kepada peserta (anak), keluarga akan mendapat RM80,000.
  6. Keluarga juga akan mendapat khariat kematian RM1000 (diberi serta-merta apabila dikemukakan surat mati).


    PELAN MESRA

    Pengenalan


    Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.


    Peserta yang menyertai pelan ini akan memdapat manfaat bila berlaku kematian atau kecatatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh peryertaan sehingga tamat tempoh sijil.


    Pelan ini sesui kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini memperuntukkan simpanan bulanan kepada setiap pelanggan.



    Manfaat Asas untuk pelan ini adalah:
    • Manfaat kematian
    • Manfaat kecatatan kekal dan menyeluruh
    • Pulangan tunai ketika sijil matang
    • Membayar pendapatan tahunan untuk Manfaat Hospital (elaun harian)
    • Manfaat Pampasan Kemalangan
    • Manfaat Penyakit Kritikal
    • Manfaat Perubatan (Medical Card)

    Apa yang anda dapat bila menyertai Pelan Mesra bersama 'Kad Perubatan' (Medical Card).

    Contoh bagi seorang lelaki berumur 30 tahun (Harijadi akan datang) dan sumbangan bulanan RM200.
    1. Simpanan anda apabila matang berjumlah RM135,000
    2. Jika masuk hospital, Etiqa Takaful akan membayar RM80 sehari, Jika sepuluh hari julah keseluruhan adalah RM800.
    3. Jika berlaku musibah atau kecatatan kekal tanpa kemalangan peserta/waris akan menerima RM55,000.
    4. Jika berlaku musibah atau kecatatan kekal disebabkan oleh kemalangan, peserta/waris akan menerima RM65,000.
    5. Jika peserta ditimpa kemalangan, peserta akan menerima RM10,000.
    6. Jika peserta mengidap salah satu dari 36 penyakit, peserta akan menerima RM10,000.
    7. Khariat kematian sebanyak RM1,000. Dapat serta-merta apabila dikemukan bukti kematian.
    8. Peserta juga layak untuk menduduki bilik wad (RM200 x 120 hari = RM24,000) secara percuma.
    9. Peserta hanya perlu membayar sekecil 10% sahaja dari jumlah kos rawatan (maksimum RM3,000)
    10. Had rawatan tahunan berjumlah RM60,000.
    11. Had rawatan sepanjang tempoh polisi berjumlah RM180,000.
    12. Elaun kemasukan ke hospital kerajaan, tambahan RM80 sehari.
    13. Khariat kematian tambahan RM4000.
    14. Manfaat lanjutan buat pinggang RM54,000
    15. Manfaat lanjutan barah RM54,000
    16. Manfaat lanjutan pemindahan organ RM40,000
    17. Simpanan di zakatkan.
    18. Dapat pahala dan diberkati allah kerana dalam Takaful kita saling membantu sesama peserta.


    Carta 'Medical Card'

    JADUAL MUNAFAAT (RM)Pelan 1Pelan 2Pelan 3Pelan 4Pelan 5Pelan 6
    Munafaat Asas
    Munafaat Pesakit Dlm Hospital
    Bilik   :Dalam Malaysia         350          300          250          200          250          100
    Luar Malaysia         700          600          500          400          300          200
    Unit Penjagaan Rapi (max 20 hari setahun) SEPERTI BAYARAN YANG DIKENAKAN (TERTAKLUK KEPADA HAD TAHUNAN KESELURUHAN,  HAD SEUMUR HIDUP & 10% KO-TAKAFUL. 10% KO-TAKAFUL ADALAH TERTAKLUK KEPADA HAD MAKSIMUM RM3000 BAGI SETIAP KEILATAN) 
    Yuran pembedahan termasuk pakar buis dan bilik bedah
    Perkhidmatan dan bekalan hospital
    Lawatan doktor/pakar semasa di hospital
    Munafaat Pesakit Luar
    Ujian diagnosis pra-hospital (sehingga 60 hari sebelum)
    Nasihat pakar pra-hospital (sehingga 60 hari sebelum)
    Rawatan selepas hospitalisasi (sehingga 60 hari selepas)
    Yuran ambulan
    Pembedahan sehari
    Cukai perkhidmatan 5% ke atas bilik & penginapan 
    Yuran laporan perubatan         100          100          100            80            80            80
    Munafaat harian penjagaan kanak2 yang diinsurankan (sehingga 120 hari setiap tahun polisi)         100          100          100            80            80            80
    Pendapatan kedua untuk pembedahan         200          200          150          150          100          100
    Elaun tunai harian di hospital kerajaan (sehingga 120 hari setiap tahun polisi)         100          100          100            80            80            80
    Rawatan kemalangan kecemasan dari kemalangan       1,500       1,500       1,500       1,250       1,000       1,000
    Rawatan pergigian kecemasan dari kemalangan       1,500       1,500       1,500       1,250       1,000       1,000
    Rawatan kecemasan sakit (had lawatan 12tgh mlm hingga 6 pg)           50            50            50            50            50            50
    Rawatan Fisoterapi pesakit luar (sehingga 60 hari hospitalisasi)      1,500       1,500       1,500       1,250       1,000       1,000
    HAD TAHUNAN KESELURUHAN  100,000     80,000     70,000     60,000     50,000     30,000
    Munafaat -munafaat lanjutan
    Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar (setiap tahun polisi)    72,000     66,000     60,000     54,000     48,000     36,000
    Rawatan kanser pesakit luar (setiap tahun polisi)    72,000     66,000     60,000     54,000     48,000     36,000
    Pemindahan Organ (had seumur hidup)    50,000     50,000     40,000     40,000     30,000     20,000
    HAD SEUMUR HIDUP KESELURUHAN  300,000   240,000   210,000   180,000   150,000     90,000
    Munafaat Tambahan
    Perbelanjaan Pengkebumian (Khariat)      5,000       5,000       4,000       4,000       3,000       3,000

    36 Penyakit Kritikal
    PENYAKIT DILINDUNGI:
    1. Penyakit Arteri Koronari
    2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
    3. Penggantian Injap Jantung
    4. Pembedahan Aorta
    5. Kardiomiopati
    6. Ensefalitis
    7. Tumor Otak Benigna
    8. Meningitis Bakteria
    9. Penyakit Neuron Motor
    10. Penyakit Parkinson
    11. Penyakit Aizheimer
    12. Poliomielitis
    13. Sklerosis Berbilang
    14. Sindrom Apalik
    15. Lumpuh
    16. Koma
    17. Hilang Keupayaan Diri
    18. Hilang Penglihatan
    19. Hilang Pendengaran
    20. Hilang Pertuturan
    21. Kanser
    22. Anemia Aplastik
    23. Trauma Kepala Utama
    24. Luka Terbakar Teruk
    25. Pemindahan Organ Utama
    26. Kegagalan Buah Pinggang
    27. Penyakit Hati Kronik
    28. Hepatitis Virus Fulminan
    29. Serangan Jantung
    30. Penggantian InjapJantung
    31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
    32. Pembedahan Otak
    33. Strok
    34. Lumpuh Paraplegia
    35. Penyakit Paru- Paru Kronik
    36. Distrofi Otot




     Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau SMS no yang tertera di bawah. Penerangan serta Illustrasi/Quotation akan diberi secara percuma.

    Tiada paksaan di dalam Takaful.

    Wang anda adalah hak anda untuk menentukannya. Kami hanya pemegang amanah yang menyampaikan apa yang sepatutnya.

    SUHAIMI (010-6330346/ 010-6330347)