Monday, 19 September 2011

EtiQa Takaful Melancarkan Produk Baru Yang Lebih Fleksibel.

“BERITA TERGEMPAR”, EtiQa Takaful (No 1 Malaysia) baru sahaja memperkenalkan dua (2) produk baru. Iaitu;

1.       HARMONI – bagi menggantikan Produk MESRA
2.       INTELEK – bagi menggantikan  Produk SARJANA
Produk HARMONI
Produk HARMONI ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa hadapan anda. Ia merupakan pelan fleksibel yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. Produk ini juga direka khas untuk peserta memilih samaada ingin mempunyai  “Simpanan yang lebih” apabila polisi matang atau “Perlindungan yang lebih” apabila di timpa musibah . Tempoh matang bagi Produk Harmoni adalah ketika peserta berumur 88 tahun.

Produk ini didatang dengan rider atau manfaat seperti;

“Rider Hormoni (ASAS)” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan memdapat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal (hilang-upaya kekal).

“Rider TOP-UP” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan yang dibayar akan disalurkan 100% ke dalam tabung pelaburan. Oleh itu  peserta akan mendapat simpanan yang lebih tinggi apabila polisi matang.

“Rider Kemalangan” dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat perlindungan Kematian Kemalangan/TPD/PPD, perlindugan Mingguan Hospital, perlindungan Pembedahan (kecil),  perlindungan Mingguan Hilang Upaya Separa dan perlindungan  Berganda.

“Rider Tunai Hospital” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat tunai harian setelah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh factor Semulajadi atau Kemalangan.

“Rider Bertempoh” – dengan rider/manafaat ini, sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus (maksimum RM 1 juta)

“Rider Penyakit Kritikal” – dengan rider /manfaat ini, apabila peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus. 

“Rider Medic Save” (medical card) – dengan rider/manfaat ini, peserta di beri manfaat perubatan setelah dimasukkan ke hospital dan manfaat pesakit luar yang secara langsung berkaitan dengan kemasukan (pra- dan selepas dimasukkan ke hospital).

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit kritikal” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta disahkan mengalami salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar sumbangan sehingga polisi matang walaupun penyakit yang dihidapi telah sembuh.

Contoh Illustrasi Produk Harmoni.
Bagi peserta lelaki yang berumur 25 tahun dan polisi matang pada umur 65 tahun .

i.                    Pilihan Utk lebih perlindungan:

Dengan hanya membayar sumbangan RM 5 sehari , peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian  – RM 68,000.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh) – RM 68,000.00
c.       Manfaat Kemalangan – RM 15,000.00
d.      Manfaat Penyakit Kritikal – RM10,000.00
e.      Manfaat Pengeculian Sumbangan penyakit Kritikal – ‘SUMBANGAN LUNAS’
f.        Manfaat Tunai Hospital – RM 60 sehari (sehingga 365 hari)
g.       Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 108,000.00
h.      Khariat kematian – RM 1000.00

ii.                  Pilihan Utk Lebih Simpanan

Dengan hanya membayar sumbangan RM 5 sehari, peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian  – RM 46,500.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh) – RM 46,500.00
c.       Manfaat Kemalangan – RM 10,000.00
d.      Manfaat Penyakit Kritikal – RM10,000.00
e.      Manfaat Pengeculian Sumbangan penyakit Kritikal – ‘SUMBANGAN LUNAS’
f.        Manfaat Tunai Hospital – RM 60 sehari (sehingga 365 hari)
g.       Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 124,800.00
h.      Khariat kematian – RM 1000.00

Bukan Itu saja, Peserta juga boleh :

·         Mengeluarkan simpanan di dalam “Dana Pelaburan Peserta (DPP)” selepas 1 tahun bagi tujuan kecemasan dll.
·         Sekiranya peserta tidak dapat membayar sumbangan bulanan dan DPP menpunyai dana yang mencukupi, pihak EtiQa secara Sendiri (automatic) akan menggunakan dana di dalam DPP untuk membayar sumbangan yang tertunggak. Ini bagi memastikan peserta sentiasa dilindungi.
·         Dan juga peserta dapat membantu sesama peserta melalui Tabung Takaful.
Produk INTELEK

Produk INTELEK ialah pelan pendidikan yang menggabungkan elemen perlindungan dan simpanan. Ia adalah pelan fleksibel yang membolehkan anda mengumpulkan simpanan untuk membayar pendidikan anak-anak anda di samping menjamin masa depan mereka dengan menawarkan perlindungan Takaful yang komprehensif. Produk ini direka khas untuk peserta (kanak-kanak seawal usia 14hari) memilih samaada ingin mempunyai “Simpanan untuk pendidikan sahaja” atau “Simpanan beserta Perlindungan” . Tempoh matang bagi Produk Intelek adalah ketika peserta berumur 25 tahun.

Intelek didatangkan dengan rider atau manfaat seperti:-

“Rider Intelek (ASAS)” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan memdapat perlindungan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal (hilang-upaya kekal).

“Rider TOP-UP” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan yang dibayar akan disalurkan 100% ke dalam tabung pelaburan. Oleh itu peserta akan mendapat simpanan yang lebih tinggi apabila polisi matang.

“Rider Tunai Hospital” – dengan rider/manfaat ini, peserta akan mendapat tunai harian setelah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh factor Semulajadi atau Kemalangan.

“Rider Bertempoh” – dengan rider/manafaat ini, sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan oleh faktor Semulajadi atau Kemalangan, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus (maksimum RM 1 juta)

“Rider Penyakit Kritikal” – dengan rider /manfaat ini, apabila peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus. 

“Rider Medic Save” (medical card) – dengan rider/manfaat ini, peserta di beri manfaat perubatan setelah dimasukkan ke hospital dan manfaat pesakit luar yang secara langsung berkaitan dengan kemasukan (pra- dan selepas dimasukkan ke hospital). Ini membolehkan peserta seumur kurang satu tahun memiliki kad perubatan (medical card).

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Penyakit kritikal” - dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta atau pembayar disahkan mengalami salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Peserta tidak perlu membayar sumbangan sehingga polisi matang walaupun penyakit yang dihidapi telah sembuh.

“Rider Pengecualian Sumbangan Untuk Kematian & Hilang Upaya Kekal” – dengan rider/manfaat ini, sumbangan akan diLUNASkan oleh pihak EtiQa apabila peserta atau pembayar meninggal dunia atau mengalami HUMK disebabkan oleh faktor Semulajadi atau  Kemalangan. Kedua-dua asas dan rider kekal berkuat kuasa sehingga masing-masing mencapai tarikh matang.


Contoh Produk Intelek.
Bagi peserta kanak-kanak lelaki yang berumur 1 tahun pada harijadi akan datang (next birthday) dan polisi matang pada umur 25 tahun .

i.                    Pilihan Utk Simpanan Pendidikan Sahaja:

Dengan hanya membayar sumbangan RM 4 sehari, peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian (asas) – RM 78,000.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh)(asas) – RM 78,000.00
c.       Manfaat Tunai Hospital – RM 50 sehari (sehingga 365 hari)
d.      Manfaat Pengecualian Sumbangan Kematian/Hilang upaya kekal (Pembayar) – ‘SUMBANGAN LUNAS’
e.      Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 43,000.00
f.        Khariat kematian – RM 1000.00

ii.                  Pilihan Utk Simpanan & Perlindungan

Dengan hanya membayar sumbangan RM 4 sehari, peserta akan memiliki manfaat seperti di bawah :

a.       Manfaat Kematian (asas) – RM 89,200.00
b.      Manfaat Keilatan Kekal (hilang upaya menyeluruh)(asas) – RM 89,200.00
c.       Manfaat Tunai Hospital – RM 50 sehari (sehingga 365 hari)
d.      Manfaat Penyakit Kritikal – RM 10,000.00
e.      Manfaat Pampasan Keluarga – RM 10,000.00
f.        Manfaat Pengecualian Sumbangan Kematian/Hilang upaya kekal (Pembayar) – ‘SUMBANGAN LUNAS’
g.       Manfaat Pengecualian Sumbangan Penyakit Kritikal – ‘SUMBANGAN LUNAS’
h.      Tabung Matang ketika Polisi Matang – RM 30,000.00
i.         Khariat kematian – RM 1000.00

Note : Produk INTELEK juga membolehkan peserta :

a.       Mengeluarkan simpanan di dalam “Dana Pelaburan Peserta (DPP)” selepas 1 tahun bagi tujuan kecemasan dll.
b.      Sekiranya pembayar tidak dapat membayar sumbangan bulanan dan DPP menpunyai dana yang mencukupi, pihak EtiQa secara automatic akan menggunakan dana di dalam DPP untuk membayar sumbangan yang tertunggak. Ini bagi memestikan peserta sentiasa dilindungi.
c.       Anugerah Intelek UPSR (5A) – RM500, PMR (8A) – RM750, SPM (8A) – RM1000, STPM (5A) – RM1500.




Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau SMS no yang tertera di bawah. Penerangan serta Illustrasi/Quotation akan diberi secara percuma.


Tiada paksaan di dalam Takaful.

Wang anda adalah hak anda untuk menentukannya. Kami hanya pemegang amanah yang menyampaikan apa yang sepatutnya.

SUHAIMI (010-6330346/ 010-6330347)