Pada masa kini, Insuran/Takaful bukan sahaja untuk perlindungan semata-mata seperti yang ditafsirkan bagi sebilangan besar masyarakat masa kini. Sehingga ada yang lebih mementingkan/mengutamakan kehendak nafsu atau lebih tepat lagi sanggup menghabiskan wang ringgit hanya kerana hobi seperti telefon bimbit, sistem teater rumah (home-teater), ubahsuai kereta atau rumah dan sebagainya. Ini berlaku kerana pengetahuan masyarakat yang sedikit (cetek) mengenai peranan dan fungsi Insuran/Takaful disamping penerangan yang kurang jelas dari Advisor atau Agent.
Insuran/Takaful masa kini merangkumi Perlindungan, Simpanan (hari tua atau untuk pendidikan anak-anak), Perubatan (medical) dan yang terbaharu ia juga boleh mengantikan MRTA bagi insuran rumah anda.
Di sini ingin saya berkongsi sedikit pengetahuan mengenai Insuran/Takaful dari segi definasi, perbezaan, keperluaan dan lain-lain untuk rujukan serta sedikit ilmu untuk tatapan anda.
Perbezaan Antara Insuran Dan Takaful
Insuran
Dari sudut definasi;
Insuran - ia merupakan satu institusi ekonomik yang berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan dana am. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak didugakan, yang kebarangkalian berlakunya boleh dianggarkan dengan munasabah.
Dari sudut syarak;
Insuran jelas tidak mematuhi hukum syarak kerana Insuran terdapat unsur-unsur yang dilarang seperti berikut :
1. Gharar - merupakan satu yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti seperti contoh Gharar fahsiy - menginsuran bayi yang di dalam kandungan, Gharar yasir - menjual rumah beserta perabot tetapi tidak diperincikan perabotnya.
2. Maisir - mendapat sesuatu dengan cara yang mudah atau mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakan seperti contoh peserta membayar premium yang rendah/kecil tetapi mengharapkan wang atau pulangan yang lebih besar, peserta (insuran hayat) akan hilang wang premium apabila peristiwa yang ingin dilindungi tidak berlaku (tuntutan hanya boleh dilakukan bagi kematian akibat kemalangan dan bukannya kematian mengejut akibat sakit tua atau seumpamanya).
3. Riba - penambahan atau menambahkan, dalam ertikata lain faedah (interest) seperti contoh sesetengah produk insuran hayat, pengendali insuran mengenakan bayaran faedah dengan kadar yang ditetapkan kepada pemegang polisi.
Untuk Pengetahuan Anda :
1. "Persidangan Jawatankuasa Fatwa" kali ke-16 pada 15 - 16 Feb 1979 ada menetapkan bahawa Insuran adalah HARAM dari segi Syarak. Lanjut sila lihat di bawah ;

2. ANDA tidak layak untuk membuat tuntutan jika berlaku kematian terhadap pemegang polisi kerana Insuran Conventional MEWAJIBKAN post mortem ke atas si mati. Tuntutan TIDAK boleh dibuat sekiranya tiada post mortem. Ini tidak berlaku di dalam Takaful kerana post mortem adalah menyeksa mayat dan ia bertentangan dengan hukum syarak.

Takaful
Dari sudut definasi;
Takaful - ia sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Dari sudut syarak;
Takaful merupakan pelan perlindungan yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Ia mempunyai perbagai jenis kontrak seperti berikut;
1. Tabarru' - menderma atau memberi hak milik secara percuma. Seperti di dalam Takaful, peserta mestilah berniat dengan ikhlas menyumbangkan sebahagian tertentu dari sumbangan atau caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah.
2. Mudharabah - membawa maksud perkongsian dua pihak yang mana ia melibatkan pihak pencarum dan pihak pengendali takaful. Disini sebahagian modal yang diperolehi daripada pihak pencarum kemudian akan dilaburkan untuk aktiviti-aktiviti pelaburan dalam institusi-institusi yang diiktiraf syariah.
3. Wakalah - penyerahan tanggungjawab yang ada pada seseorang kepada seseorang yang lain dengan lafaz tertentu agar wakilnya itu menguruskan segala tanggungjawab yang diwakilkan. Dalam takaful, Pengendali Takaful merupakan wakil yang dilantik oleh peserta dan Pengendali Takaful akan menjalankan tanggungjawab dengan menyumbangkan segala kepakaran untuk memastikan segala yang dilaksanakan adalah sempurna.
1. Dalil Kerjasama :
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain".
Di riwayatkan oleh : Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.
2. Dalil Tanggungjawab :
"Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya di timpa kesusahan maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya".
Di riwayatkan oleh : Imam al Bukhari dan Imam Muslim
3. Dalil Saling Melindungi :
"Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan".
Di riwayatkan oleh : Imam al Bukhari dan Imam Muslim
KEPENTINGAN TAKAFUL MASA KINI.
1. Pernahkan ANDA membaca/mendengar tentang "Piramid Asas Kehidupan"?
Piramid ini jelas menunjukkan bahawa PERLINDUNGAN (Insuran/takaful) merupakan item ke-2 penting selepas ASAS ( makanan, pakaian, rumah serta kereta) dalam kehidupan seharian kita.
2. Cuba ANDA renung seketika, sekirannya berlaku musibah/kemalangan yang menyebabkan kematian/kecatatan kekal terutama kepada ketua keluarga (suami) yang merupakan orang yang menyediakan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan keluarga termasuk untuk pendidikan anak-anak. Apa akan terjadi kepada keluarga yang ditinggalkan seperti isteri dan anak-anak tersayang, di mana si isteri ingin mendapatkan sumber kewangan untuk meneruskan/menampung kehidupan sehari-hari termasuk pendidikan anak-anak.
Saya pasti ANDA semua sedia maklum akan perkara ini, cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. Jadi di sini ingin mengingatkan diri saya sendiri dan ANDA sekelian.....
3. Kemudahan Perubatan !!!!! ANDA pernah terfikir bahawa syarikat/majikan hanya menyediakan Kemudahan Perubatan sepanjang anda berkhidmat (selagi ANDA masih bekerja). Apa akan berlaku selepas pencen/tamat perkhidmatan (lepas 55 tahun) atau diberhentikan (VSS). Dengan keadaan masa kini yang pelbagai jenis penyakit timbul dan kemudahan di hospital kerajaan yang agak terhad, jadi bagaimana ANDA untuk mengatasi Kos Perubatan untuk keluarga ANDA. Adakah simpanan ANDA mencukupi untuk tujuan ini??? atau ANDA mengharapkan KWSP semata-mata???
Mengharapkan wang KWSP memang tidak mencukupi. Dari kajian BNM, kebanyakkan wang KWSP habis digunakan dalam masa 3 hingga 5 tahun. Fikir-fikirkan....
4. Bagi golongan HAWA (perempuan), ketahuikah ANDA bahawa kaum HAWA merupakan golongan yang tinggi terdedah kepada penyakit kritikal seperti kanser payudara, pangkal rahim dan sebagainya, dan peratusnya meningkat setiap tahun.
Di sini saya bukan untuk menakut-nakutkan.... tetapi sekadar mengingat.
5. Anak-anak kita semuanya semakin bijak tetapi adakah ANDA terfikir bahawa tempat ke institusi pengajian awan adalah amat terhad pada masa kini dan masa-masa mendatang manakala kos pendidikan di institusi pengajian awam dan swasta adalah tinggi. Malah peluang untuk mendapatkan biasiswa pun agak terhad.
Jadi apakah persedian ANDA untuk anak-anak yang tersayang? Sedia maklum bahawa pada kini dan masa akan datang mempunyai 'Ijazah' adalah satu keperluan. Sebagai IBU dan BAPA hanya pelajaranlah harta yang paling murah untuk kita sediakan untuk masa depan anak-anak kita. Berapa ramai dikalangan kita yang punya tanah berekar-ekar... atau rumah berbuah-buah... atau syarikat yang hendak kita warisan kepada mereka????? Kerana hampir 90% dari kalang kita hanyalah sekadar makan gaji.
KOS PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA**
Program Pengajian | Inst.Pengajian Tinggi Tempatan | Inst.Pengajian Tinggi Swasta | Program Berkembar |
Undang-Undang | 25,000-35,000 | 35,000-45,000 | 80,000-120,000 |
Kejuruteraan | 45,000-60,000 | 50,000-70,000 | 100,000-150,000 |
Sastera/Ekonomi | 35,000-45,000 | 45,000-60,00 | 80,000-120,000 |
Perubatan | 100,000-150,000 | 270,000-390,000 | 350,000-450,000 |
6. Tahukah ANDA apabila berlaku kematian, pihak bank akan membekukan segala duit untuk diserahkan kepada Amanah raya bagi tujuan penagihan kepada pewaris dan proses ini mengambil masa 6 ke 24 bulan.
7. Rakyat Malaysia adalah seorang yang pemurah? Pernahkan ANDA terfikir jika kelak ditimpa musibah ,anda hanya mengharapkan ehsan daripada warga Malaysia yang prihatin.Bernilaikah nyawa anda dimata mereka. Contoh yang amat jelas seperti keratan akhbar di bawah dimana Cik Ras Adiba (selebriti) memerlukan RM300,000 menerima RM392,000, En Norhaidan memerlukan RM30,000 beliau menerima hanya RM300, Adik Muhammad Izhar memerlukan RM25,000 tetapi mendapat RM2,000 dan Adik Razik Haiman memerlukan RM100,000 tetapi setakat menerima RM11,000. Bukan untuk menidakkan keperihatinan masyarakat ataupun qada dan qadar tuhan tapi itulah hakikatnya.
Rakan ketawa memang ramai tetapi rakan menangis???? Kita sendiri pada masa itu, adik beradik sanak saudara pun mungkin tidak mampu untuk membantu. Tidak untuk menyalahkan mereka jauh sekali untuk menidakkan keperhatinan mereka tetapi mereka sama seperti kebanyakkan kita bagaimana untuk mereka menghulurkan bantuan dalam masa yang sama mereka juga perlukan bantuan.

APA YANG ETIQA TAKAFUL BOLEH MEMBANTU ANDA.
Pengenalan ETIQA Takaful
Etiqa adalah rangkaian Insurans dan Takaful untuk kumpulan Maybank Berhd. Polisi-polisi Etiqa yang kemprehensif dan telus tanpa perkataan-perkatan atau klausa-klausa yang tersembunyi atau mengelirukan. Di Etiqa. kemudahan insan, asas urusan kami.
Kini, anda telah mengambil langkah pertama untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya dan Etiqa pula bersedia untuk membantu anda mendapatkan perlindungan ynag bersesuain. Ketahui dan fahami pelan-pelan Takaful kami yang direka khas untuk anda.
Jawatankuasa Syariah
1. Polisi-polisi Etiqa Takaful yang kemprehensif dan telus tanpa perkataan-perkatan atau klausa-klausa yang tersembunyi atau mengelirukan. Di Etiqa Takaful, kemudahan insan, asas urusan kami.
2. Etiqa Takaful bersedia untuk membantu anda mendapatkan perlindungan yang bersesuaian dengan pelan-pelan Takaful yang direka khas untuk anda.
3. Pelan-pelan Etiqa Takaful, boleh dijadikan KWSP ke-2 malah boleh juga di jadikan Tabung Haji ke-2. Dimana anda boleh menyimpan sama sepeti di KWSP dan Tabung Haji tetapi kelebihan di Etiqa Takaful anda mendapat perlindungan di samping wang dari keuntungan akan dizakatkan. Bukan itu sahaja, dengan menyumbang di dalam Etiqa Takaful anda dapat membantu peserta-peserta Etiqa Takaful yang lain (berat sama dipikul, ringan sama dijinjing).
4. Etiqa Takaful juga ada menyediakan 'Kad Perubatan' (Medical Card) yang membolehkan anda jimat 90% kos rawatan dan setiap kali anda memasuki hospital (wad) anda tidak perlu membayar deposit. Maklumat lanjut tentang Medical Card boleh rujuk di bawah.
5. Dengan menyertai pelan-pelan Etiqa Takaful, anda layak untuk mendapat perkecualian cukai sehingga RM3,000.
6. Bersama-sama pelan-pelan asas Etiqa Takaful, terdapat banyak lagi kemudahan yang bakal anda nikmati seperti elaun hospital (dari serendah RM 50 hingga RM 400 sehari), tabung-tabung seperti tabung kemalangan dan tabung penyakit kritikal.
PRODUK-PRODUK ETIQA TAKAFUL
PELAN SARJANA
Pengenalan
Merupakan Pelan Takaful Keluarga yang menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak beserta perlindungan yang komprehensif untuk janka masa pertengahan dan panjang. Pelan ini ditawarkan kepana kanak-kanak yang berumur 14 hari hingga 17 tahun. (digalakkan untuk kanak-kanak berumur bawah 7 tahun)
Peserta yang menyertai pelan ini akan memdapat manfaat apabila peserta berumur 13 tahun hingga 25 tahun mengikut tempoh kontrak yang dipilih. Pelan ini juga menawarkan pelbagai manfaat yang menarik untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Manfaat Khas
- Manfaat matang (Pulangan Akuan peserta bersama mudharabah)
- Manfaat kecatatan kekal dan menyeluruh
- Manfaat kematian
- Anugerah intelek
Anugerah Intelek
Jika anak-anak anda memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan berikut, Etiqa takaful akan menghadiahkan :
Peringkat | Kelulusan | Anugerah |
UPSR | 5A | RM500 |
PMR | 8A | RM750 |
SPM | 8A | RM1000 |
STPM | 5A | RM1000 |
Manfaat Pembayar
Sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami kecatatan kekal dan meyeluruh, sumbangan bulanan akan dilunaskan sehingga sijil matang atau sehingga umur kanak-kanak tersebut berumur 21 tahun (mana yg terdahulu)
Manfaat Keluarga
Membayar pendapatan tahunan untuk kelurga sekiranya pembayar meninggal dunia atau mengalami kecatatan kekal dan menyeluruh.
Jumlah perlindungan akan dibayar secara setara bagi baki tempoh kontrak tersebut.
Apa yang anak-anak dapat bila menyertai Pelan Sarjana.
Contoh bagi kanak-kanak berumur 1 tahun (Harijadi akan datang) dan sumbangan bulanan RM100.
- Simpanan anak anda apabila matang berjumlah RM28,000
- Jika masuk hospital, Etiqa Takaful akan membayar RM50 sehari, Jika sepuluh hari julah keseluruhan adalah RM500.
- Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal kepada pembayar, maka Etiqa Takaful akan MELUNASKAN sumbangan bulanan sehingga matang.
- Etiqa Takaful juga akan membayar pampasan sebanyak RM10,000 kepada pewaris atau anak.
- Manakala jika berlaku kematian kepada peserta (anak), keluarga akan mendapat RM80,000.
- Keluarga juga akan mendapat khariat kematian RM1000 (diberi serta-merta apabila dikemukakan surat mati).
PELAN MESRA
Pengenalan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan memdapat manfaat bila berlaku kematian atau kecatatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh peryertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Pelan ini sesui kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini memperuntukkan simpanan bulanan kepada setiap pelanggan.
Manfaat Asas untuk pelan ini adalah:
- Manfaat kematian
- Manfaat kecatatan kekal dan menyeluruh
- Pulangan tunai ketika sijil matang
- Membayar pendapatan tahunan untuk Manfaat Hospital (elaun harian)
- Manfaat Pampasan Kemalangan
- Manfaat Penyakit Kritikal
- Manfaat Perubatan (Medical Card)
Apa yang anda dapat bila menyertai Pelan Mesra bersama 'Kad Perubatan' (Medical Card).
Contoh bagi seorang lelaki berumur 30 tahun (Harijadi akan datang) dan sumbangan bulanan RM200.- Simpanan anda apabila matang berjumlah RM135,000
- Jika masuk hospital, Etiqa Takaful akan membayar RM80 sehari, Jika sepuluh hari julah keseluruhan adalah RM800.
- Jika berlaku musibah atau kecatatan kekal tanpa kemalangan peserta/waris akan menerima RM55,000.
- Jika berlaku musibah atau kecatatan kekal disebabkan oleh kemalangan, peserta/waris akan menerima RM65,000.
- Jika peserta ditimpa kemalangan, peserta akan menerima RM10,000.
- Jika peserta mengidap salah satu dari 36 penyakit, peserta akan menerima RM10,000.
- Khariat kematian sebanyak RM1,000. Dapat serta-merta apabila dikemukan bukti kematian.
- Peserta juga layak untuk menduduki bilik wad (RM200 x 120 hari = RM24,000) secara percuma.
- Peserta hanya perlu membayar sekecil 10% sahaja dari jumlah kos rawatan (maksimum RM3,000)
- Had rawatan tahunan berjumlah RM60,000.
- Had rawatan sepanjang tempoh polisi berjumlah RM180,000.
- Elaun kemasukan ke hospital kerajaan, tambahan RM80 sehari.
- Khariat kematian tambahan RM4000.
- Manfaat lanjutan buat pinggang RM54,000
- Manfaat lanjutan barah RM54,000
- Manfaat lanjutan pemindahan organ RM40,000
- Simpanan di zakatkan.
- Dapat pahala dan diberkati allah kerana dalam Takaful kita saling membantu sesama peserta.
Carta 'Medical Card'
JADUAL MUNAFAAT (RM) Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3 Pelan 4 Pelan 5 Pelan 6 Munafaat Asas Munafaat Pesakit Dlm Hospital Bilik : Dalam Malaysia 350 300 250 200 250 100 Luar Malaysia 700 600 500 400 300 200 Unit Penjagaan Rapi (max 20 hari setahun) SEPERTI BAYARAN YANG DIKENAKAN (TERTAKLUK KEPADA HAD TAHUNAN KESELURUHAN, HAD SEUMUR HIDUP & 10% KO-TAKAFUL. 10% KO-TAKAFUL ADALAH TERTAKLUK KEPADA HAD MAKSIMUM RM3000 BAGI SETIAP KEILATAN) Yuran pembedahan termasuk pakar buis dan bilik bedah Perkhidmatan dan bekalan hospital Lawatan doktor/pakar semasa di hospital Munafaat Pesakit Luar Ujian diagnosis pra-hospital (sehingga 60 hari sebelum) Nasihat pakar pra-hospital (sehingga 60 hari sebelum) Rawatan selepas hospitalisasi (sehingga 60 hari selepas) Yuran ambulan Pembedahan sehari Cukai perkhidmatan 5% ke atas bilik & penginapan Yuran laporan perubatan 100 100 100 80 80 80 Munafaat harian penjagaan kanak2 yang diinsurankan (sehingga 120 hari setiap tahun polisi) 100 100 100 80 80 80 Pendapatan kedua untuk pembedahan 200 200 150 150 100 100 Elaun tunai harian di hospital kerajaan (sehingga 120 hari setiap tahun polisi) 100 100 100 80 80 80 Rawatan kemalangan kecemasan dari kemalangan 1,500 1,500 1,500 1,250 1,000 1,000 Rawatan pergigian kecemasan dari kemalangan 1,500 1,500 1,500 1,250 1,000 1,000 Rawatan kecemasan sakit (had lawatan 12tgh mlm hingga 6 pg) 50 50 50 50 50 50 Rawatan Fisoterapi pesakit luar (sehingga 60 hari hospitalisasi) 1,500 1,500 1,500 1,250 1,000 1,000 HAD TAHUNAN KESELURUHAN 100,000 80,000 70,000 60,000 50,000 30,000 Munafaat -munafaat lanjutan Rawatan dialisis buah pinggang pesakit luar (setiap tahun polisi) 72,000 66,000 60,000 54,000 48,000 36,000 Rawatan kanser pesakit luar (setiap tahun polisi) 72,000 66,000 60,000 54,000 48,000 36,000 Pemindahan Organ (had seumur hidup) 50,000 50,000 40,000 40,000 30,000 20,000 HAD SEUMUR HIDUP KESELURUHAN 300,000 240,000 210,000 180,000 150,000 90,000 Munafaat Tambahan Perbelanjaan Pengkebumian (Khariat) 5,000 5,000 4,000 4,000 3,000 3,000
36 Penyakit KritikalPENYAKIT DILINDUNGI:1. Penyakit Arteri Koronari2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius3. Penggantian Injap Jantung4. Pembedahan Aorta5. Kardiomiopati6. Ensefalitis7. Tumor Otak Benigna8. Meningitis Bakteria9. Penyakit Neuron Motor10. Penyakit Parkinson11. Penyakit Aizheimer12. Poliomielitis13. Sklerosis Berbilang14. Sindrom Apalik15. Lumpuh16. Koma17. Hilang Keupayaan Diri18. Hilang Penglihatan19. Hilang Pendengaran20. Hilang Pertuturan21. Kanser22. Anemia Aplastik23. Trauma Kepala Utama24. Luka Terbakar Teruk25. Pemindahan Organ Utama26. Kegagalan Buah Pinggang27. Penyakit Hati Kronik28. Hepatitis Virus Fulminan29. Serangan Jantung30. Penggantian InjapJantung31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer32. Pembedahan Otak33. Strok34. Lumpuh Paraplegia35. Penyakit Paru- Paru Kronik36. Distrofi Otot
Untuk maklumat lanjut sila hubungi atau SMS no yang tertera di bawah. Penerangan serta Illustrasi/Quotation akan diberi secara percuma.
Tiada paksaan di dalam Takaful.
Wang anda adalah hak anda untuk menentukannya. Kami hanya pemegang amanah yang menyampaikan apa yang sepatutnya.
SUHAIMI (010-6330346/ 010-6330347)